PERNGORBANAN BAGI SEBUAH PEMBANGUNAN?
by Rizal
(Ipoh, Perak)
Teluk Rubiah...satu nama yang asing bagi yang tidak mengetahui..tetapi bagi yang mengetahui, seribu satu kenangan dan pengalaman samada indah atau buruk.Penulis menemui Teluk Rubiah secara tidak sengaja.Bermula dari ketidak puasan hati dengan pengurusan yang tamak di salah satu chalet di Teluk Batik,telah menemukan kami sekeluarga dengan Teluk Rubiah hasil maklumat penduduk setempat.
Bermula dari saat itu, Teluk Rubiah seolah menjadi salah satu destinasi percutian yang wajib bagi kami sekeluarga saban tahun.
Tertarik bukan disebabkan pengurusan hospitaliti yang hebat malah tahap pengurusan adalah di bawah tahap memuaskan bagi sebuah resort percutian.Tetapi lokasinya yang menambat hati kami.Tenang, nyaman, indah, bersih dan selesa untuk percutian keluarga.
Seperti yang dikatakan tadi, pengurusan hospitaliti bukanlah faktor utama kami tertambat saban tahun di sini, tetapi LOKASI!
Bagi yang pernah pergi ke Teluk Rubiah dan Teluk Batik pasti akan memahami maksud saya.
Tapi sayang...pada Disember 2010, rutin saban tahun tidak dapat diteruskan lagi. Saya diberitahu tempat itu telah ditutup. Mulanya saya ingat pengurusan baru mengambil alih dan melakukan pengubahsuaian. Tetapi, apabila saya memandu ke sana untuk membuat tempahan pada cuti sekolah Mac 2011, seorang pengawal keselamatan di pintu masuk yang di palang memberitahu bahawa Teluk Rubiah Resort telah tiada lagi, akan digantikan dengan pembinaan sebuah kilang besi. Saya tekejut dan terkedu! Memang saya terkejut. Ini kerana saya tidak menyangka sebuah tempat percutian yang ideal bagi keluarga telah dimusnahkan. Ya, tempat yang indah (lagi cantik dari Teluk Batik dan Port Dickson)telah tiada. Rakyat seperti saya telah dinafikan hak untuk menikmati keindahan pantai di Malaysia hanya kerana memberi laluan untuk sebuah pembangunan dan ekonomi yang akan memusnahkan dan mencemarkan alam.
Saya amat sedih dengan keadaan ini. Luluh hati saya. Tempat ini adalah kenangan kami sekeluarga bersama dengan arwah ayah kami yang mana tidak lagi berpeluang untuk diteruskan.
Adakah ini harga bagi sebuah pembangunan maka kawasan pelancongan pun hendak dimusnahkan?
Tiada lagikah tempat di kawasan lain untuk membina sebuah kilang besi? Apakah rasional oleh kerajaan negeri dalam memberi kelulusan? Tidak ada OTAK kah mereka yang terlibat?
Malaysia ku yang indah....
Return to Homepage